Kempen Internet Selamat Bersama Penguatkuasa Pengakap Perlis
12 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniTajuk : Kempen Internet Selamat Bersama Penguatkuasa Pengakap Perlis
Tarikh : 11 Julai 2025 (Jumaat)
Masa : 8.30 Pagi-12.00Tgh Hari
Tempat : Pusat Koko Timah Tasoh
Penerangan Program/Aktiviti :
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awal tentang keselamatan penggunaan Internet dalam kalangan murid sekolah rendah serta membentuk sikap bertanggungjawab ketika melayari dunia digital. Kempen memberi tumpuan kepada empat fokus utama iaitu buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta perlindungan data. Ianya penting kerana melalui kempen itu pelajar sekolah rendah dan menengah dapat didedahkan serta dididik mengenai keselamatan Internet, yang semakin meluas penggunaannya pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: